Sunday, November 7, 2010

Paprik Seafood

0 Comments

Bahan- bahan:

Udang
Sotong
Carot
Baby corn
Kacang
Cili kisar
Kicap
Sos tiram
Seasoning

Cara masak:

1. Rebus sotong & udang direbus selama beberapa minit. Kemudian ditoskan, dan air rebusan disimpan.
2. Tumis cili kisar dan kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan bawang besar. Hingga naik bau. Masukkan kicap ckit.
3. Masukkan sotong & udang yang telah direbus.
4. Masukkan sayur (kacang, lobak & baby corn) yang telah dipotong.
5. Tuangkan air rebusan dan sos tiram.
6. Tambahkan gula & garam.
ok! siap utk dimakan.



Thursday, October 14, 2010

Nasi Ayam Madu

0 Comments

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam

1 bungkus sup bunjut ADABI

3 sudu besar madu

2 sudu besar sos tiram

Garam dan lada sulah secukup rasa

Tumbuk 5 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

1 inci halia

Cara-Caranya:

Tumis bawang merah, putih dan halia yang dikisar hingga wangi.

Masukkan air dan sup bunjut. Biar 3 minit.

Masukkan ayam dan masak hingga empuk lebih kurang 10-15 minit. Tambah garam dan lada sulah.Ketepikan dan biar sejuk sebentar. Keluarkan ayam dan ambil kuah sup. Masukkan ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dicuci dan sedikit garam. Jumlah kuah mesti sama dengan banyak air kalau masak nasi biasa.

Semasa nasi tengah masak, lumurkan ayam dengan sedikit hirisan bawang putih, sos tiram dan madu. Goreng (jangan terlalu lama sebab ayam dah masak). 

Tuesday, September 28, 2010

Ikan Siakap Namprik Phou

0 Comments

Terdapat 3 fasa:
i) goreng ikan
ii) tumis tabur- taburan
iii) masak kuah


Bahan- bahan:

Ikan siakap (saiz sederhana)
Tepung jagung
Bawang putih
Bawang besar
Halia
Cili merah & hijau
Serai
Daun limau purut
Sos ikan
Kicap
Sos tiram
Air kosong
Garam & gula

Cara- cara:

i) Goreng ikan
  • Ikan digaul bersama tepung jagung dan sedikit garam.
  • Ikan digoreng dalam 'deep fried' sehingga garing
ii) Tumis tabur- taburan
  • Mayang serai, daun limau purut, cili merah & hijau
  • Cincang bawang putih & halia
  • Tumis bawang putih & halia
  • Masukkan serai, limau purut, cili merah & hijau
iii) Masak kuah
  • Cincang bawang putih, halia dan bawang besar
  • Tumis
  • Masukkan kicap, sos tiram, sos ikan
  • Masukkan air
  • Tambahkan garam & gula.

Monday, September 27, 2010

Butter Prawn

0 Comments

Bahan- bahan:

* majerin/ butter
* udang
* daun kari
* cili
* evaporated milk

Cara- cara:

1. Panaskan minyak. Goreng kuning telur dan kacau sentiasa supaya kuning telur masak garing. Angkat dan toskan.

2. Goreng udang dalam minyak sederhana banyak kemudian setelah berubah warna & masak, toskan udang and asingkan.

3. Panaskan minyak dan majerin. Tumis cili dan daun kari . Masukkan seasoning; garam & gula. Then, masukkan udang & evaporated milk. Biarkan masak sebentar & angkat.

4. Taburkan kuning telur yang digoreng tadi ke atas hidang dan boleh dihidang.

First entry

0 Comments


This is the first trial and the first entry for this blog. I created this blog to help myself in finding recipes. I will include pictures and tips for further revision. Happy cooking!